Thursday, December 15, 2011

Europe Trip Day 1 KLIA - LHR


Jumpa lagi kawan2... Alhamdulillah, dapat jugak aku menjelajah Europe. Terima kasih kepada Syarliz yg byk memberi informasi berkenaan trip kali ini melalui blog beliau dan juga terima kasih kepada Aida Yurani yang tak jemu melayan kerenah aku start dari booking tiket hinggalah seat arrangement dan juga uruskan travel insurance...

Kali ni aku pergi betul2 mula cuti sekolah, flight jam 9.50 pagi dengan menaiki Emirates. Oleh kerana tak mahu kelam kabut, aku telah memilih untuk bermalam di Concorde KLIA pada 19/111/11. Concorde menawarkan free shuttle service dari KLIA ke hotel (pergi balik) dengan kekerapan kalau tak silap setiap setengah jam, sungguh menyenangkan. kos penginapan adalah RM230 semalam beserta breakfast. Walaupun keadaan bilik hotel macam asrama apabila tengok dari luar, tetapi keadaan biliknya amat memuaskan. cuma kita boleh dengar la kalau ada orang tarik beg roda kat laluan luar.




Aku bernasib baik juga apabila memilih untuk menginap di concorde kerana pada pagi 20/11/11 tu jambatan Pulau Pinang ditutup dari jam 1 pagi hingga 10 pagi bagi acara Penang Bridge Run. Kalau aku ambil flight 6.45 pagi dari Penang, sure kena tido kat airport Bayan Lepas la malam tu...

Selepas sarapan pagi, lebih kurang jam 7 pagi aku menaiki shuttle bus ke klia. Bayaran bilik aku settlekan semasa check in supaya tak kelam kabut beratur dgn org lain utk settle bil hotel. Ramai juga yang naik shuttle bus pagi tu, sampaikan aku terpaksa berdiri sehingga ke klia, tapi takapa - perjalan hanya mengambil masa kurang dari 15 minit sahaja.

Sampai sahaja di depature hall, counter check in Emirates dah dibuka dan orang yang nak check n pun belum ramai. Setelah beratur sekejap, kami terus dipanggil utk check in dan urusan selesai dengan pantas. Tanpa membuang masa, aku terus masuk ke International Gate dan menaiki shuttle train ke Internatinal Depature Area, gate C22. Setelah menunggu lebih kurang2 jam, penumpang mula dipanggil untuk menaiki pesawat.

(image boarding pass)

Emirates akan panggil mengikut zon dalam kapalterbang, kali ini aku duduk pada zon F... seat telah dipilih semasa beli tiket lagi, sungguh menyenangkan.

Friday, February 18, 2011

London Trip entry yg tak siap-siap

Akhirnya siap jugak entry aku nih walaupun tak upload gambar. aku mula dgn date/time, event & costing

Kalau nak murah lagi boleh ambik flight airasia, biasanya kalau sale buleh dpt rm1900 return ( tiket flight shj tau)


London 8D/7N
DAY 1
16:30
Berada di KLIA 3 jam sebelum waktu penerbangan
19:30
KLIA (KUL) – Dubai (DXB) dengan pesawat Emitares. Transit di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke London
RM 2892/pax - harga tiket flight sahaja setiap seorang
22:20 (waktu Dubai, +6 jam kepada waktu malaysia)
Sampai ke Dubai International Airport. Berlegar-legar di Airport sementara menunggu connecting flight ke London jam 2.00 pagi.
*Bagi yang berminat untuk stopover, boleh berbuat demikian semasa booking flight ticket & dikenakan bayaran USD39 (promosi) per person/night. Kemudahan pengangkutan & hotel disediakan dalam pakej ini.

2.00am (Dubai)
Meneruskan perjalanan ke London.
Makanan disediakan on board + breakfast
Isikan kad ketibaan untuk proses imigresen. Kad ini akan diberikan oleh stewardess.

Day 2
7.00 pagi (waktu UK, +8 jam kepada waktu Malaysia)
Sampai di Gatwick Airport.
Sediakan passport, salinan booking/confirmation hotel & return flight ticket utk ditunjukkan kepada Imigresen sekiranya diminta. Kalau travel berdua (couple), pergi ke kanter berdua & serahkan kedua2 passort bersama.
Biasanya immigration akan tanya soalan berikut:-
1. First time to UK?
2. Stay duration? 6 days (biasanya dia minta confirmation hotel booking)
3. Purpose? Holiday / Vacation
4. UK only or to other countries? Jawab ikut perancangan anda
5. Tarikh pulang? (biasanya dia akan minta tunjuk salinan tiket balik ke Malaysia / ke Negara lain jika menuju destinasi lain)
6. Pastu dia cop passport. Biasanya kalau buat camni, isteri kita tak kena tanya lagi.
Apabila melalui kastam, mereka akan pick in random & sekadar bertanya apa yang kita bawa. Jangan kalut apabila ditahan sebab mereka ni friendly. Just jawab apabila ditanya & biasanya mereka tak suruh buka pun jika kita kata tiada barang utk declare (but make sure mmg takda barang utk declare).

7.30am
Lepas ambil beg kat conveyor tu, lepas kastam terus keluar cari teksi. Sebaiknya tempah dulu teksi secara online bagi mendapatkan harga terbaik. Eg: Gatwick – London GBP54, kalau pakai teksi kat airport boleh cecah GBP80 per car. Kalau nak murah lagi boleh ambil easybus.com GBP2 kalau booking awal atau Gatwick Express (macam ERL) – mahal la jugak.
Teksi yang saya book online thru www.exclusiveairports.com memang berbaloi &amat memuaskan. Selain on time performance, syarikat ini juga tak charge extra kalau flight kita delay.


GBP 104 return (2 way) dari Gatwick airport ke hotel (Paddington)

9.30am
Setelah lebih kurang 1 jam perjalanan (pagi Ahad jalan clear), akhirnya kami sampai di easyhotel, Paddington. Hotel ini juga saya book online melalui www.easyhotel.com . Walaupun bilik kecil tetapi berbaloi dengan harganya (kami dapat GBP 220 untuk 5 malam), lebih kurang GBP44 untuk satu malam. (GBP1 lebih kurang RM5). Bilik ini juga ada kemudahan aircond & heater tetapi tiada lif. Untuk panduan, kemudahan aircond sebenarnya tidak perlu kerana keadaan cuaca dah sejuk tetapi amat berguna sekiranya keadaan diluar/jalan raya agak bising (kena tutup tingkap – rasa rimas kalau tak ada aircond). Hotel sekitar Paddington ni antaranya ialan Berjaya Eden (Bayswater), Royal Cambridge & byk lagi. Rata2 harga lebih kurang GBP80 – GBP100 utk bilik berdua.

Disebabkan waktu check in hotel ini adalah pukul 3 ptg makan kami tinggalkan dulu beg di hotel dgn caj GBP5. Kemudian kami keluar utk program selanjutnya..

GBP 220 (bilik) + GBP15 (tv) + storage beg GBP5

10:00am
Pertama kami harus cari 2 benda
1. Oyster card
2. SIM card
Oyster card – merupakan kad untuk pengangkutan awam. Kat tempat kita lebih kurang kad touch n go. Deposit kad ini adalah GBP3 dan saya topup GBP25 untuk kegunaan bas & tube (train sehingga zon 2) selama 7 hari – unlimited ride. Senang naik bas kat sini kerana frequency banyak & ada LCD dalam bas yg display next bust stop. So kita tak perlu risau nak cari2 nest bust stop.

SIM card utk international call especially ke Malaysia antaranya ialah Lebara Mobile & Lyca Mobile. Sala pilih untuk beli Lebara Mobile, sim card GBP2.99 + GBP5 topup. Minta je orang kedai tu activatekan + topup. Nak beli simcard ni tak perlu passport pun, beli & guna terus je. Bila topup GBP5 masa tu promosi telco bagi extra GBP1 so dapat la kredit GBP6. Panggilan ke Malaysia ialan 5pence (5sen - GBP) bersamaan RM0.25/minit. My wife hari2 call Malaysia pagi & petang for the whole week pun masih lagi ada balance GBP3 pada sim card tu.

Kat mana nak beli 2 benda tu? Actually banyak outlet yang jual tetapi untuk senang kami beli jer dekat kedai runcit depan easyhotel tu. Lagipun harganya kan mmg standard price.

Oyster card GBP28 x 2pc
SIM card GBP7.99

10:30am
Masa kat hotel tadi, dapatkan benda berikut:
1. Map kawasan sekitar
2. Map underground tube
3. Map bas (boleh juga dapatkan map tube & bas di station tube)
4. Travel brochure ( kemudian pun boleh tengok benda ni)
So skrg ni masa utk berjalan2. Perut masih kenyang lagi sebab kat atas flight tadi Emirates dah bagi breakfast. So berjalan la menyusuri Paddington, singgah di tube station padinggton untuk ambil tube/bus map & terus naik tube guna oyster card tadi ke Bayswater station. Sebenarnya dekat jer tapi saja nak naik tube. Kenapa Bayswater? Sebab kat sini dah dekat dengan Malaysia Hall pastu sambil jalan2 tu boleh survey2 souvenior (jangan beli lagi sebab ada tempat lagi best utk beli tu). Boleh juga singgah a few shopping complex kat situ antaranya Whiteleys (takde apa menarik pun kat dalam tu) to kill the time sementara nak check in pukul 3 nanti.

11:30am
Sambil menyusur Queensborough Terrace Road tu sampai la ke Malaysia Hall. Mula2 tak nampak jugak Malaysia hall ni Cuma cari je bendera Malaysia kat deret bangunan tu. Dah tengahari ni so perut pun mula berbunyi. Alang2 sampai Malaysia hall ni, kami singgah makan tengahari – nasi campur. Nasi + 1 lauk GBP2.50, the tarik GBP1.50 kalau tak silap la. Utk 2 orang lebih kurang GBP8, mmg murah.

GBP8

12:00am
Kami teruskan perjalanan ke Hyde Park. Lepak2 kat bench sambil hilangkan penat, tengok orang jogging & macam2. Pastu kami teruskan perjalanan hingga sampai ke Marble Arch, jauh jugak berjalan tapi tak terasa penat.

12:30pm
Sampai di Oxford Street – banyak shopping complex di sini, antaranya Selfridge & Mark & Spencer tetapi yang paling menarik ialah PRIMARK sebab harganya memang berpatutan + murah. Anda boleh dapatkan jumper (sweater) for GBP3, baju kemeja GBP4, blazer GBP15, beg roda GBP30 dan banyak lagi.
Untuk balik ke hotel saya naik bas je dari Marble Arch tu sampai depan hotel, lebih kurang 10 minit.

GBPxx

3:00 pm
Check in hotel. Mata pun dah ngantuk, kalau waktu Malaysia dah pukul 9 malam. Sebelum tido boleh dinner dulu kalau nak. Ada restoran Arab, Morocco di sekitar Paddington ni. Kalau tak larat, berehat je la…

DAY 3
4.30am
Kalau Summer, 4.30 pagi dah subuh, maghrib pulak lebih kurang 8.30mlm – waktu siang panjang & waktu malam pendek.

7.30am
Dah boleh keluar untuk sarapan pagi. My favourite café – Rose café berhampiran hotel. English breakfast set GBP5. Jumbo sausage, roti bakar, 2 eggs, mushroom, bake beans & tea/coffee, sungguh sedap & mengenyangkan.

GBP5x2pax = GBP10

8.30am
Berjalan dalam 5 minit ke Norfolk Hotel untuk membeli tiket hop-on-hop-off bus. GBP26 per pax utk satu hari. Boleh tambah harga utk extension kepada 2 hari. Bas tu nanti kita akan naik depan Norfolk hotel tu.

GBP52

8.45am
Bording hop-on-hop-off bus. Saya nasihatkan untuk stop di Tower Bridge for cruise ke Greenwich & sambung semula dari situ. Itu pun dah ambik masa satu hari. So kalau nak turun tempat2 lain, elokla beli tiker untuk 48 jam.

11:00am
Turun di stop Tower Bridge untuk menaiki cruise ke Greenwich (free apabila beli tiket bas td). Kat stop tu boleh ambil gambar Parliament, Big Ben & London Eye. Then jalan cross bridge untuk ke pier menaiki cruise. Semasa dalam cruise, staff secara sukarela memberi penerangan mengenai keadaan sekitar & tuan2 boleh tengok rupa sebenar London Bridge dalam lagu “London Bridge is falling down” tu. Kita juga boleh bagi tips kepada mereka kalau puas hati. Kalau nak bagi 20sen pun takpa.
Free

11:30am
Sampai di Greenwich. Kat sini adalah tempat garisan Greenwich Meridian 0000 . Masuk ke Royal Obervatory tidak dikenakan bayaran, Cuma perlu mendaki sebab terletak atas bukit. Banyak informasi mngenai pelayaran dan jam boleh didapati disini dan sememangnya amat menarik. Kami habiskan satu jam & tak sempat masuk ke Planetarium sebab masa nak kejar cruise balik ke Tower Bridge.
Free

2.30pm
Sampai ke Tower Bridge & sambung balik naik bas hop-on-hop-off sehingga habis satu round. Masa naik bas tu snap la gambar banyak2.. jangan lupa untuk bawak bateri spare. Biasanya sampai satu round dah hampir pukul 5ptg. So kami pun dah tak larat sebab tghari tadi lunch makan muffin je yang dibeli kat rose café masam breakfast.

6.00pm
Dinner kat Mediterranean Food – Babylon Restourant berhampiran hotel. Order Kebab + nasi 1 ½ portion dengan juice. Tak perlu order 2 set sebab nanti tak habis. 1 portion ada 2 kebab so kami order 3 kebab & nasi + minuman. 1 set kebab = GBP7.50 + ½ =GBP3 = 10.50. Termasuk minuman & side dish dalam GBP18. Bagi tips GBP kat pelayan tu sebab good service. Makan di UK tak dikenakan gov / service tax sebab tu kita digalakkan untuk beri tips. Lepas makan, balik rehat & tido.. kalau larat boleh keluar jalan lagi tapi satu hari dah tak kena air, rasanya elok la balik mandi. Magrib dalam pukul 8.30malam.
GBP20

DAY 4
7.30 am
Breakfast kat Rose Café, ada juga cuba kat restaurant / café lain tapi tak sesedap kat rose café. Awek kerja kat situ pun cun jugak. Kalau nak ubah selera boleh breakfast kar Subway GBP1.99 – jangan risau Subway kat Praed Street ni halal.
GBP10

8.30am
Boleh ke Norfolk Hotel concierge untuk beli tiket ke Winsor Castle, Stonehenge & Bath bagi perjalanan esok hari GBP70/pax. Kalau nak murah, boleh book melalui internet untuk dapatkan diskaun & pilih utk pickup kat Norfolk Hotel jam 7.30 pagi.
GBP70x2
= GBP140

9.00am
Hari ni elok free & easy sebab semalam dah heavy trip sangat. So boleh start menjelajah Oxford Street untuk menyelongkar shopping complex. Naik je bas dari Paddington & turun di stop Marble Arch, Oxford Street.
GBP- ikut suka hati

1.00pm
Ada satu shopping complex yang terkenal juga di tube stop “Shepherd Bush”. Naik tube dari station Oxford Circus ke Shepherd Bush. Dari sana dah boleh nampak Westfield Shopping Centre. Kat sini semua butik ada, Zara, Gucci, LV dsb…. Ada free wifi & restaurant. Kalau tak larat boleh lepak2 je kat sini, takde orang marah. Kalau sale, giler wooo… Kalau nak makan, boleh makan terus kat sini. Tapi aku tak makan sebab tak rasa lapar sgt lagipun ptg nanti nak dinner pulak
GBP – ikut poket

4.00pm
Naik tube balik ke Oxford Circus atau Marble Arch station. Kat Oxford Street ni boleh sambung balik shopping. Lepas tu ambil bas balik ke hotel.

6.30pm
Kalau nak ubah selera makan malam, boleh jalan kaki dalam 15 minit ke Edgeware Road, Halal Restaurant – makanan dia pun ok juga. Biasanya – ambik kebab + nasi.
GBP20

DAY 5
7.00am
Cari café yang bukak awal sebab nanti pickup akan datang ambil pukul 7.30 pagi di Norfolk Hotel untuk join tour yang dibeli semalam (Windsor Castle + Stonehenge + Bath). Beli sekali makanan untuk bawa bekal makan tghari spt sandwich / muffin & air. Air mineral boleh beli kat Tesco Store – murah.
GBP10

7.30am
Wakil Golden Tours (www.goldentours.com) akan pickup ke Victoria Coach Station untuk naik tour bus mengikut pakej yang kita ambil.
Tour akan mengambil masa satu hari. Minuman boleh dibeli kerana ada banyak kedai di tempat yang dilawati
GBP10 utk makanan ringan & minuman

7.00pm
Tour bus akan drop ke nearest tube station. Paling senang untuk ke Paddington ialah Gloucester Road (lebih kurang la). Dari situ ambil tube (guna Oyster Card) & balik ke Paddington, rasanya kena tukar tube di Bayswater – sila rujuk tube map. Pastu boleh terus dinner – Restoran Babylon lagi pun ok sebab kenyang & sedap.
GBP20

DAY 6
7.30am
Breakfast kat tempat biasa
GBP10

8.30am
Boleh sambung shopping kat Oxford Street & simpan barang2 yang dibeli kat hotel
GBP xxx

9.30am
Masa untuk beli souvenior. Naik bas dari Praed Street, Paddington ke Camden Market. Bas tu terus je ke Camden Street, senang. Bila sampai ke Station Camden Market turun & akan nampak sign Camden Market. Kat sini ada banyak kedai jual souvenior & kedai baju macam kat Rantau Panjang. Kedai souvenior tu boleh tawar menawar. T-shirt boleh dapat dalam GBP5 kalau beli banyak walaupun pada awalnya GBP10sehelai. Fridge magnet GBP1/piece. Sebab dah banyak beli barang kan, so hantar le dulu barang tu kat hotel dengan menaiki bas.
GBPxx

2.00ptg
Kalau masih bertenaga, boleh la melawat Royal Albert Hall. Tapi saya nak ajak u all pegi TK Maxx. Apa tu? TK Maxx merupakan kedai menjual pakaian & aksesori termasuk handbag dengan diskaun sehingga 60%. Wife saya beli leather handbag GBP120 hanya dengan harga GBP39.90 selepas diskaun (RM600---- tinggal RM200 jer). Antara kedai lain berhampiran TK Maxx ialah PCWORLD UK yang menjual gadget computer.
GBPxxx

Makan malam
GBP20

DAY 7
7.30am
Breakfast
GBP10

10.00am
Checkout & tinggalkan barang di hotel dengan bayaran GBP5 utk 3 beg. Sementara menunggu teksi tiba untuk ke airport, boleh pegi ronda2 dulu. Kalau nak ke Westfield Shopping Centre pun boleh lagi sebab Oyster Card yang kita beli tadi masih valid.
GBP5

1.00pm
Makan tengahari di Egdeware Road – pilih je restoran halal kat sini semua sedap. Tapi hati2 dengan peminta sedekah – so cepat2 masuk restoran utk elak drp peminta sedekah ni. Tengahari tu saya makan kebab + nasi lagi, tetapi my wife ambil roti + kebab. Saya order jus raspberi & terkejut apabila dihidangkan fresh raspberry juice blended macam jus tembikai kat Malaysia. Rasanya memang sedap! Harga semua? Standard je, lebih kurang GBP20. Lepas makan kami balik semula ke hotel.
GBP20

3.40 pm
Teksi sampai untuk bawa kami ke Gatwick Airport

5.30pm
Perjalanan makan masa agak panjang kerana jem teruk. Setelah check in luggage, masuk ke depature hall. Masih ada masa untuk shopping last minute habiskan pound sterling hehe. Antara barang yang dicadangkan beli :-
1. Perfume – at least 30% off street price. Sempat beli Paul Smith perfume botol besar GBP21 60% off (Rm100 jer)
2. Coklat – Cadury Celebration/Roses GBP8 utk 2 kotak, satu kotak GBP5. Mulanya beli sikit sebab ingatkan nak beli kat Dubai masa transit balik nanti tetapi rupanya harga coklat di Dubai lebih mahal dari UK.
GBPxx

9.30pm
Berlepas ke Dubai for transit.

DAY 8
7.30am
Tiba di Dubai untuk transit sebentar menuju KLIA. My wife terlalu mengantuk dalam flight sampai tak sempat nak breakfast so kena belikan breakfast utk dia kat Airport. Kami beli sandwich telur rebus yang dilenyek2 tu dengan air mineral. Sandwich 20 Riyal, Air mineral 3Riyal.. mak aiii mahal giler tapi sebab nak makan beli la jugak. Pastu kena beli jugak coklat walaupun mahal sebab kat UK beli sikit jer. Habis la jugak 50 Riyal untuk beli coklat. (SR= Saudi Riyal. SR100 = RM90) Cuaca di Dubai pada jam 7.30 pagi adalah 40darjah celcius… panas kan?
SR73

10.30am
Bertolak ke KLIA, sampai jam 9.30 malam.


So berapa yang dibelanjakan?
1. Flight ticket = RM 2892 x 2 = RM5784
2. Insurance (self + spouse) dalam RM150
3. Perbelanjaan hotel, teksi, Oyster Card, Sim Card, makan dsb tak termasuk shopping = GBP772.99 (RM3,864.95)
4. Shopping, souvenior = kira sendiri ikut bajet.
5. Belanja kat Dubai lebih kurang RM100.
So, jadi berapa? 5784 + 150+ 3864.95 + 100 = RM 9,898.95 tak termasuk shopping. Rasanya campur shopping pun lebih kurang total semua tak sampai rm11k…. bagi aku dah murah & convenient compare dengan ambil tour travel agent yang kebanyakan acaranya mengejar masa macam amazing race tu.

Friday, November 26, 2010

Summer Vacation - June 2010

Actually dah lama tak update blog ni, tapi memandangkan kawan2 dok minta itinerary utk holiday, aku buat juga lah...

Aku pegi musim cuti skolah bulan jun ari tu. Lagipun itu je masa yang ada sebab senang sket nak tinggalkan budak2 kat kampung... kalo hari sekolah susah sket, banyak perkara nak diuruskan.

Masa bulan 3 ari tu, just 3 days before the MATTA fair, aku tengok kat website Emirates ada special offer... KUL - LGW (London Gatwick Airport) via DXB (Dubai) berharga RM2892/pas.. WOW!... murah betul, so aku terus cuba buat booking thru internet. Malangnya it didn't get through, thanks to my friend Aida Yurani yang tolong book utk aku.

So aku listkan itinerary aku & available costing yang terlibat.

Day 1 - 5 Jun 2010 KUL - DXB
2.00pm aku dah sampai di Airport Bayan Lepas utk menaiki pesawat ke KLIA. Tiket yang aku book utk ke KLIA juga murah... MAS KUL-PEN return for only RM148 inclusive of all taxes. Walaupun flight delay 1/2 jam tapi masih sempat lagi untuk aku catch up utk check in Emirates. Jam 19:30 Emirates berlepas ke Dubai utk transit.

Day 2 - 6 Jun 2010 London Gatwick Airport

Aku selamat sampai di LGW jam 7.00 am awal 1/2 jam daripada dijadualkan. Teksi yang aku tempah melalui internet telah sedia menunggu sebaik sahaja aku keluar dari Custom checkpoint. Aku book teksi secara online - exclusiveairports.com, perkhidmatan yang memuaskan & on time. Lagipun kita boleh check samada teksi telah diallocated utk kita secara online.

Lebih kurang jam 9.30 pagi aku sampai di hotel yang telah dibook secara online & teramatlah murah. easyhotel paddington (easyhotel.com) menawarkan bilik yang murah tetapi selesa & berbaloi. Paid for GBP235 utk 5 malam termasuk bayaran utk menonton tv (hehe... GBP15 utk 7 hari).

Aktiviti yang mula2 dibuat selepas tinggalkan beg kat hotel tu (GBP5) memandangkan check in kul 3ptg, ialah mencari kedai runcit bagi membeli 2 perkara utama. Apa dia?


Wednesday, November 01, 2006

Log#1- New Supply Nashmir Hotel (1/11/06)

Customer Name: Nashmir Hotel
Prai Industrial Area a.k.a. Taman Pelangi.

Supply request : 400A
Arrival : 1400hrs

Myself, Hj Azhar & Mat Rahim
Lunch @ Bawal Sg Perai

P/E ???

Switchgear type: SF6 - Omarzaba

Incoming supply from P/ E Taman Pelangi. Outgoing Ring to P/E PENALAND.
Switchgear OMARZABA 2+2, dengan 1 source, 1 ring & 2 transformer, 2 LVDB.


Incoming dalam keadaan on, dari P/E Taman Pelangi no 3.
Cable earth = OFF

Link Number 19131.




Ring source ke P/E PENALAND No 3.

TX 2