Thursday, December 15, 2011

Europe Trip Day 1 KLIA - LHR


Jumpa lagi kawan2... Alhamdulillah, dapat jugak aku menjelajah Europe. Terima kasih kepada Syarliz yg byk memberi informasi berkenaan trip kali ini melalui blog beliau dan juga terima kasih kepada Aida Yurani yang tak jemu melayan kerenah aku start dari booking tiket hinggalah seat arrangement dan juga uruskan travel insurance...

Kali ni aku pergi betul2 mula cuti sekolah, flight jam 9.50 pagi dengan menaiki Emirates. Oleh kerana tak mahu kelam kabut, aku telah memilih untuk bermalam di Concorde KLIA pada 19/111/11. Concorde menawarkan free shuttle service dari KLIA ke hotel (pergi balik) dengan kekerapan kalau tak silap setiap setengah jam, sungguh menyenangkan. kos penginapan adalah RM230 semalam beserta breakfast. Walaupun keadaan bilik hotel macam asrama apabila tengok dari luar, tetapi keadaan biliknya amat memuaskan. cuma kita boleh dengar la kalau ada orang tarik beg roda kat laluan luar.




Aku bernasib baik juga apabila memilih untuk menginap di concorde kerana pada pagi 20/11/11 tu jambatan Pulau Pinang ditutup dari jam 1 pagi hingga 10 pagi bagi acara Penang Bridge Run. Kalau aku ambil flight 6.45 pagi dari Penang, sure kena tido kat airport Bayan Lepas la malam tu...

Selepas sarapan pagi, lebih kurang jam 7 pagi aku menaiki shuttle bus ke klia. Bayaran bilik aku settlekan semasa check in supaya tak kelam kabut beratur dgn org lain utk settle bil hotel. Ramai juga yang naik shuttle bus pagi tu, sampaikan aku terpaksa berdiri sehingga ke klia, tapi takapa - perjalan hanya mengambil masa kurang dari 15 minit sahaja.

Sampai sahaja di depature hall, counter check in Emirates dah dibuka dan orang yang nak check n pun belum ramai. Setelah beratur sekejap, kami terus dipanggil utk check in dan urusan selesai dengan pantas. Tanpa membuang masa, aku terus masuk ke International Gate dan menaiki shuttle train ke Internatinal Depature Area, gate C22. Setelah menunggu lebih kurang2 jam, penumpang mula dipanggil untuk menaiki pesawat.

(image boarding pass)

Emirates akan panggil mengikut zon dalam kapalterbang, kali ini aku duduk pada zon F... seat telah dipilih semasa beli tiket lagi, sungguh menyenangkan.