Aku pegi musim cuti skolah bulan jun ari tu. Lagipun itu je masa yang ada sebab senang sket nak tinggalkan budak2 kat kampung... kalo hari sekolah susah sket, banyak perkara nak diuruskan.
Masa bulan 3 ari tu, just 3 days before the MATTA fair, aku tengok kat website Emirates ada special offer... KUL - LGW (London Gatwick Airport) via DXB (Dubai) berharga RM2892/pas.. WOW!... murah betul, so aku terus cuba buat booking thru internet. Malangnya it didn't get through, thanks to my friend Aida Yurani yang tolong book utk aku.
So aku listkan itinerary aku & available costing yang terlibat.
Day 1 - 5 Jun 2010 KUL - DXB
2.00pm aku dah sampai di Airport Bayan Lepas utk menaiki pesawat ke KLIA. Tiket yang aku book utk ke KLIA juga murah... MAS KUL-PEN return for only RM148 inclusive of all taxes. Walaupun flight delay 1/2 jam tapi masih sempat lagi untuk aku catch up utk check in Emirates. Jam 19:30 Emirates berlepas ke Dubai utk transit.
Day 2 - 6 Jun 2010 London Gatwick Airport
Aku selamat sampai di LGW jam 7.00 am awal 1/2 jam daripada dijadualkan. Teksi yang aku tempah melalui internet telah sedia menunggu sebaik sahaja aku keluar dari Custom checkpoint. Aku book teksi secara online - exclusiveairports.com, perkhidmatan yang memuaskan & on time. Lagipun kita boleh check samada teksi telah diallocated utk kita secara online.
Lebih kurang jam 9.30 pagi aku sampai di hotel yang telah dibook secara online & teramatlah murah. easyhotel paddington (easyhotel.com) menawarkan bilik yang murah tetapi selesa & berbaloi. Paid for GBP235 utk 5 malam termasuk bayaran utk menonton tv (hehe... GBP15 utk 7 hari).
Aktiviti yang mula2 dibuat selepas tinggalkan beg kat hotel tu (GBP5) memandangkan check in kul 3ptg, ialah mencari kedai runcit bagi membeli 2 perkara utama. Apa dia?

No comments:
Post a Comment